Ini sebuah blog di mana saya suka menulis apa yang terlintas dalam hati atau fikiran saya
Friday, September 4, 2009
Sujud...
Bila dilanda musibah
Hati tabah mula rebah
Jangan biarkan dugaan
Rapuhkan pedoman hidup
Andai waktu itu tiba
Semaikan sifat bersabar
Hanya Dia saja menentu
Dan kita hanya mampu sujud
Jika direnung kembali
Dari kehidupan
Pelbagai halangan kutempuh penuh cabaran
Tiada satupun ku hadapi dengan senang dan
Tiada satupun ku hadapi dengan tenang
Tapi ku bersyukur
Di saat ku murung
Ku musikkan dalam kedua telapak tangan
Semangat yang dah luntur
Harapan yang dah terkubur
Diberi arah tukku teruskan
Bila dilanda musibah
Hati tabah mula rebah
Jangan biarkan dugaan
Rapuhkan pedoman hidup
Andai waktu itu tiba
Semaikan sifat bersabar
Hanya Dia saja menentu
Dan kita hanya mampu sujud……
Hanya mampu sujud…..
Pernah kulihat mereka
Yang hilang segalanya
Insan yang tersayang
Atau harta benda
Pancaroba bencana juga malapetaka
Adalah sebahagian ujian dunia
Di sebalik kesusahan
Tidak letih mengerti erti kesenangan
Harusku akur dengan apa yang telah dikurnia
Barangkali esok semua berubah
Janganlah kita melupakanNya
Ketika langit cerah bersinar
Janganlah kita melupakanNya
Ketika langit mendung tak bercahaya
Bila dilanda musibah
Hati tabah mula rebah
Jangan biarkan dugaan
Rapuhkan pedoman hidup
Andai waktu itu tiba
Semaikan sifat bersabar
Hanya Dia saja menentu
Dan kita hanya mampu sujud……
Hanya mampu sujud…..
Bila baca lirik lagu nih... teringat aku di saat-saat getir yang pernah aku lalui... especially apa yang berlaku sepanjang tahun 2008... kerjaya, pelajaran, hati dan perasaan....
Maha suci Allah yang bagi kekuatan untuk aku lalui semuanya... dan menggantikan satu-satu benda yang aku hilang dengan sesuatu yang jauh lebih baik dari yang sebelumnya....
Allhuakbar!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
Mr President
i pun dgr lagu ni mmg teringat kesusahan kami sekeluarga pada tahun 2008
kalu Mr President pernah baca la, my hubby kena sacked and lepas tu satu2 dugaan menyusul..
Ingat lagi Ramadhan tahun lepas kami sgt susah..makan tepung ja..serius sgt susah, tapi alhamdulillah tahun ni dah switch 180 degrees..kami pula mampu nak menghulur kepada yg memerlukan
rasa manisnya nikmat kerana kesusahan yg ALLAH pernah bagi dulu..
mmg besar rahmat ALLAH pd kami, DIA bagi susah pada kami kerana dah plan nak bagi senang kemudiannya, supaya kami tahu bersyukur dan tahu apa nak buat dgn rezeki ALLAH ni..
lagu sujud i jadikan caller ringtone kat my phone
tq mr pres sbb u sentiasa berjaya memberi inspirasi dan tarbiyah thru ur unique writing style..
lagu ini mengubat hati saya yg sekarang2 ni sedang dalam kesusahan yg amat sangat. thanks saudara
Salwa: tak perlula panggil mr pres.. dah lama berakhir dah era tuh.. heh
yup.. dugaan ini semua adalah ujian Allah sebenarnya.. tapi disebalik ujian2 inilah, datangnya kemanisan iman..
kalau tak, masakan Bilal bin Rabah cakap, saat kemanisan iman yang paling dia rasa adalah saat kena jemur tengah padang pasir dengan batu diletakkan atas dada?
dan Abu Hurairah cakap saat kemanisan imannya adalah semasa dia tersangatlah miskin dan tiada makanan hingga jadi macam sawan..
sesungguhnya semua itu ujian Allah
ratu syahadah: moga Allah bagi kekuatan melepasi semua ujian itu
Post a Comment