Sudah 12 Ramadhan? Cepatnya masa berlalu...
... Sesungguhnya manusia itu sentiasa dalam kerugian...
Sudah 3 bulan kerja di tempat baru? Cepatnya masa berlalu...
... Sesungguhnya manusia itu sentiasa dalam kerugian...
Sudah berusia 26 tahun? Cepatnya masa berlalu....
... Sesungguhnya manusia itu sentiasa dalam kerugian..
Da tahun 2009? Cepatnya masa berlalu...
... Sesungguhnya manusia itu sentiasa dalam kerugian...
1430 Hijriyah? Cepatnya masa berlalu...
... Sesungguhnya manusia itu sentiasa dalam kerugian...
Dah 52 tahun merdeka? Cepatnya masa berlalu..
... Sesungguhnya manusia (i.e: rakyat, pemimpin) itu sentiasa dalam kerugian...
Kita sentiasa dalam kerugian.... rugi dengan masa yang berlalu pergi... kadang-kadang langsung tak produktif pun... Jangan katakan pengisian masa untuk akhirat... untuk keuntungan dunia pun kita kadang-kadang lalai...
Maka beruntunglah mereka yang tiada dalam kerugian... iaitu mereka yang beriman, beramal soleh, sentiasa berpesan kepada kebaikan, dan sentiasa berpesan kesabaran....
Moga Allah bagi taufiq kepada kita untuk jadi manusia sebegitu.... amin....
Dah 4.30 petang? Cepatnya masa berlalu.... dah nak balik kerja...
Hehehe...
1 comment:
masa memang berlalu pantas...hargai masa yg ada.yg masih belum cukup amal..banyakkan, masih belum cukup ilmu, carilah sebanyak mungkin, yg belum kahwin, segeralah berkahwin andai dah cukup syaratnya...
Post a Comment