Friday, August 28, 2009

Amalan Ramadhan, yang mana utama?

Bila melalui bulan Ramadhan, sudah semestinya penekanan diberikan kepada penambahan amalan dan ibadah di dalam usaha untuk mendapatkan pahala sebanyak-banyaknya... betul tak? Namun pernah tak kita terpikir dan menilai balik setiap amalan yang kita buat, adakah ianya benar mengikut sunnah Nabi dan mendapat keutamaan yang tinggi... atau sebenarnya kita tersilap?

Contohnya...

1. Ramai orang mengutamakan amalan berbuka puasa...

Tapi..

Kerana amalan berbuka puasa... berapa orang ramai tercicir solat berjemaah maghrib di masjid? Bagaimana pula dengan amalan solat sunat awwabin 2/4/6 rakaat selepas waktu maghrib? Tu tak campur yang langsung tak solat maghrib dengan alasan tak sempat kerana berbuka... atau alasan perut terlalu kenyang untuk nak bangun mendirikan solat... huhu..


2. Ramai orang mengutamakan amalan bersahur ...

Tapi...

Dah elok dah bangun sahur.... siap bangun awal tuh... tapi boleh pulak mengabaikan peluang untuk solat sekurang-kurangnya 2 rakaat tahajud... sayang sekali... (termasuklah aku... ish ish) Pulak tu, dah elok bangun awal... boleh pulak tido balik lepas sahur... bangun pukul 8-9 pagi... akhirnya solat subuh pulak yang terbabas... errr...


3. Ramai orang mengutamakan amalan tarawikh... dengan mencari masjid yang bagus bacaan imamnya...

Tapi...

Kerana masjidnya itu jauh.... maka sampai-sampai je di masjid dari rumah... tengok-tengok dah pun habis solat isya berjemaah... kan rugi? Sedangkan solat fardhu itu sunnahnya berjemaah... tarawikh hanyalah sunat...


4. Ramai orang mengutamakan amalan berbuka puasa (ulangan)

Tapi..

Waktu nak berbuka puasa, itulah waktu paling membazir... apa taknya? dengan murtabak, mee goreng, ayam percik, karipap putar, roti jala bla...bla...blaa....... tapi untuk makan sorang!! mak aih.... perut dinosour ke hape?? akhirnya makannya sikit je.... banyak yang membazir....

Ada jugak yang tiap-tiap hari nak makan buffet kat tempat mewah-mewah... RM80 per pax... tapi nilai yang dimakannya tak sampai RM20... pembaziran lagi...!


5. Ramai orang mengutamakan amalan berpakaian baru untuk Aidilfitri..

Betul,kan?

Belum bulan Ramadhan, kat jusco dah ada jual baju raya dah..... siap hari pertama bulan Ramadhan, dah pun survey baju raya apa nak pakai.... Betullah tu... Rasulullah saw suruh kita untuk berpakaian baru untuk menyambut Aidilfitri... Tapi itulah bukan keutamaan yang sebenarnya... bila kita beli baju raya awal-awal, tak ke kita seperti tak sabar untuk meninggalkan bulan Ramadhan? Sedangkan kita patut sayu dan sedih untuk meninggalkannya...

Banyak lagi sebenarnya yang boleh ditulis kat sini... tapi lebih baik kita sama-sama fikirkan sendiri.... Ambil masa seminit, di kala sibuk di meja pejabat untuk muhasabah balik bagaimana Ramadhan tahun ini untuk kita.

Fikir-fikirkan... dan selamat beramal...... hehe

No comments: