Monday, September 14, 2009

Coret-coret episod 2

Coret-coret #1: Kisah Lailatul Qadar

Ada orang cakap malam Lailatul Qadar tuh malam tadi.. ada yang cakap malam 21 hari tuh.. kalau tanya aku...... aku kata, aku tak tau... hehehe...

Yang aku tau, Nabi saw cakap, Lailatul Qadar itu antara 10 malam yang terakhir.. maka beribadahlah kita tak kira malam bila... selagi ianya bermanfaat kepada kita... betul tak?

Bercakap pasal Lailatul Qadar, ramai antara kita yang sibuk nak mengejar supaya dapat berdoa di malam itu..

Ada yang nak berdoa, nak mintak rezeki dan harta yang banyak..

Ada yang nak berdoa, nak mintak cepat kawen..

Ada yang berdoa, mintak urusan master dan ph.d dia dipermudahkan..

Ada yang mintak agak kerjaya dia dikembangkan, perniagaan maju, kambing lembu membiak, pokok-pokok berbuah bla..bla..bla..

Alhamdulillah... at least kita ada tanda tawajjuh kepada Allah... segala keperluan dunia kita, kita mintak dari Allah! Itu tanda iman yang betul...

Tapi..

Ada tak kita berdoa sungguh-sungguh, mohon keampunan atas dosa-dosa kita selama ini? Mengalirkan air mata dengan penuh kesungguhan dan kesayuan...

Ada tak kita doakan moga urusan kita di alam barzakh, di padang mahsyar, di titian sirat dipermudahkan?

Ada tak kita doa mintak Allah letakkan kita di syurga yang sama dengan Rasulullah dan para Sahabat?

Ada tak kita doa, mintak Allah bantu pejuang-pejuang agama di seluruh alam? minta Allah pelihara jemaah-jemaah yang bergerak... minta Allah ampunkan kita kerana tak dapat turut serta perjuangkan agama...

Ada tak kita doa minta Allah satukan hati umat Islam yang tengah berpecah belah? Minta Allah bimbing dan pelihara ulama-ulama kita dari sibuk menjaga kepentingan politik lebih dari menjaga kesucian agama sehingga Quran dan Hadith diputarbelitkan?

Ada tak kita doa hidayat untuk orang-orang kafir? termasuk kenalan-kenalan kita, jiran tetangga kita? hidayat untuk kawan-kawan muslim agar dapat amal agama yang baik?

Semua ini persoalan yang kita perlu pikirkan.. termasuklah diri yang menulis ini..

Moga Allah bagi taufiq untuk kita sama-sama fikir, amal dan sampaikan... amin.....


Coret-coret #2: Pecah-belah, putar-belit

Bercakap pasal umat yang berpecah belah, dan kenyataan agama yang berputar belit, aku nak linkkan kat sini satu blog, untuk kita sama-sama tatapkan..

Ini berikutan dengan isu "kepala lembu" yang diperbesarkan di Shah Alam seksyen 23 baru-baru ini...

Klik SINI : Laman web Zulkifli Nordin

Sama-sama kita fikirkan... cukup-cukuplah taksub terhadap ideologi politik... kadang-kadang kita kena alihkan langsir di tepi tingkap, baru kita dapat lihat kecerahan langit di kala siang....


Coret-coret #3: Abaaahh....

Minggu lepas, seusai iftar, solat isya dan tarawikh ringkas di surau Midvalley, sengaja luangkan masa untuk mencari-cari baju raya di Metrojaya Midvalley...

Tengah belek-belek baju melayu kat ruang baju lelaki dengan penuh 'khusyuk', tak sedar ada seorang budak laki berdiri kat sebelah aku... pastu dok tenung2 kat aku....

Aku rasa budak kecik nih dalam umur 2 tahun kot.... badan dia gebu-gebu.. rasa macam nak cubit-cubit je... pastu cerah pulak tuh... aku pun senyum je la kat dia... acan-acan sikit sambil aku terus belek baju melayu... Mak budak nih dah panggil-panggil dia... tapi dia buat tak tahu je...

Tak lama lepas tu, tetiba budak nih bersuara....

"Abaaahh..."

Ha?? terkejut aku.... budak ni ingat aku abah dia rupanya....

Mak budak tuh datang, "Tu bukan abah la"

"Abaaahh..." terus budak tuh peluk kaki aku.... aku makin kaget....

Mak budak tu tarik dia, "Ni bukan abah.... abah kat sana tu..." aku tengok ke arah yang ditunjukkan, ada sorang laki badan macam aku, ada janggut2 sket macam aku jugak tengah belek baju melayu kat sudut lain...

Patut la!! dah aku macam abah dia..... hahahaha

Lepas tuh ada beberapa kali lagi budak tuh datang kat aku... sampai la aku beredar pergi cepat-cepat...hehe


Persoalan?

Adakah aku terlalu mempunyai ciri-ciri seorang ayah yang baik sampai disangka oleh budak itu sebagai ayahnya?

atau, adakah itu petanda aku kena kuruskan badan aku??


Coret-coret #4: Pesanan Penaja

Wallahualam...

5 comments:

ratu syahadah said...

tu tandanya encik ni dah ada tanda2seorang bapa....baik atau sebaliknya, soleh atau sebaliknya, teruskan usaha untuk jadi yg terbaik.....seronok ada anak ni...bahagia dan terhibur dgn telatah anak2..

Aishah Nur Hakim said...

err..rugi kan kalau terlepas malam terbaik dalam ramadhan..

kamu...dah sesuai jadi bapa mithali kot~

En Kid said...

salam Ramadhan sahabat..

terima kasih atas entri anta..
isu kepala lembu..ana suka sangat..aduh..masyarakat kita..memang mudah lupa..
bila diingatkan, kata ekstremis pula..

isu bapa tu..
ana rasa memang dah layak nak makan nasi minyak anta ni..
bila lagi?..sahabat ana, hafiz a.k.a dhob akan berlangsung pada 27 sept ni di felcra gugusan lekir..ada kelapangan?..

eksp said...
This comment has been removed by the author.
eksp said...

tadi dah tertulis comment.. ntah macamana boleh terpadam pulak.. hehehe

ratu syahadah: ada ke seorang ayah atau bakal ayah yang nak jadi ayah yang tak soleh? macam pelik je kata2 nih...

aishah: tuh la.. tapi rasa macam ada terlepas je... jadi bapa mithali? hehehe... amin..

kedek 27sept? lekir? jom jom... nanti roger aku...

ko pun apa kurangnya... bila nak bergelar bapa??? cepat2... jom kita bina masjid... hehehehe