Wednesday, May 6, 2009

CIta-cita

Sebelum jari jemari aku rancak menaip tentang cita-cita, aku nak bercerita sikit tentang perkembangan aku yang kini memegang profesion sebagai seorang guru... hehe



Alhamdulillah, dah masuk 6 minggu aku mengajar... gaji pun dah dapat, cuma tak merasa lagi sebab baru masukkan cek gaji dalam mesin atm.. insya Allah, Jumaat ini akan sempat merasa gaji pertama sebagai guru...

Walaupun gaji sekarang nih separuh je dari income yang dulu, tapi aku lebih banyak bertenang... ada masa untuk solat dhuha.. ada masa untuk tilawah... berjaga solat jemaah... tiap-tiap hari luangkan masa duduk dengar taalim after solat asar... ada masa untuk mulakan kembali hafazan macam dulu-dulu

Bila hati tenang, pintu hati mudah terbuka.. bila pintu hati terbuka... barulah boleh berfikir dengan rasional.. emosi terkawal... tidur pun mula lena... hehe

Owh, sekarang aku tidak lagi mengajar Islamic Studies, Hafazan dan Qiraati... mulai Isnin nih, dah dapat post yang sepatutnya, iaitu mengajar Science dan Social Studies...

Aku juga tidak lagi jadi guru kelas... so hanya perlu tumpukan perhatian untuk mengajar je.. tuh sebab sekarang dah rajin online, dan menulis kat blog... hehehe...

Juga dah duduk dalam bilik guru, tak lagi duduk di dalam kelas... Tak perlu layan banyak sangat karenah bebudak.... Sekarang juga mengajar primary 4 dan 5, di mana pelajarnya lebih matang dan tak memeningkan kepala sangat...

Cuma kadangkala, terasa rindu jugak dengan pelajar-pelajar lama... Nak-nak pulak bila tengok budak-budak tuh buat muka excited bila terserempak dengan kita.... heh

Ntah macamana la agaknya perasaan kalau aku stop dari sekolah nih nanti? Perasaan aku, dan perasaan bebudak tuh.... huhu.. jangan lah sampai berderai air mata pulak nanti...


Ehhhh... jap jap.... baru sebulan bekerja, dah mula cakap pasal berenti kerja ke ustat oi?? Hahaha...

Bukan apa, mengajar nih sebenarnya hanyalah persinggahan sahaja sementara aku nak mencapai cita-cita yang sedang aku kejarkan sekarang...

Satu masa dulu, masa kita budak-budak, apa cita-cita kita?

Aku masih ingat dulu, aku pernah isi kad satu kosong satu tuh dengan cita-cita yang standard yang mesti kita pernah tulis kot...
Contohnya; nak jadi polis... bomba... doktor.... peguam.... askar...

Jarang budak sekolah rendah tulis cita-cita yang complicated macam nak jadi financial consultant ke... atau surveyor ke... pakar radiografi ke... kan? kan? hehehe

Tapi kalau letak nak jadi penoreh getah ke.... tukang sapu ke... mesti kena marah dengan cikgu... hehehe

Dan yang ironinya, aku pernah tulis masa di darjah 3, cita-cita nak menjadi Pendakwah... hahaha.. ntah macamana aku boleh dapat hidayah nak tulis macam tuh pun aku taktau... Masya Allah...masya Allah... hehe..

Lepas tuh aku selalu tulis dan bercita-cita nak jadi Mufti.... sampai la masuk sekolah menengah... mufti tuhh..... perghhh

Masuk sekolah menengah... aku dah mula tukar cita-cita aku... aku letak cita-cita pertama aku sebagai ahli perniagaan... second, accountant... third, aku tak ingat... sampailah form 4 bilamana kena masuk kelas sains hayat, tukar lagi cita-cita nak jadi doktor pulak...Tapi bila dah masuk Asasi, bila dah tau kesukaran nak jadi doktor (kena dapat 4 flat, pastu kena main darah, main dengan mayat) aku jadi takut.. terus tukar cita-cita nak amik ijazah dalam sains je... jadi lecturer dan researcher cukup... keluar pergi field, balik masuk lab untuk check specimen..

Cuma aku jadi mula jadi pesimis jap... meragui kemampuan aku untuk jadi lecturer.... sebab asyik tersangkut dengan satu paper... so aku mula beralih nak jadi consultant... nak buat pusat tuisyen... nak jadi motivator...

Bila dah dapat peluang master sekarang nih, dan beberapa faktor lain yang menjadi sumber inspirasi... aku kembali bercita-cita nak jadi lecturer... so sekarang nih dalam minda tengah fokus macamana nak habiskan master dengan cemerlang... dan dapatkan fellowship untuk sambung Ph.D secepat mungkin...

Apa-apa pun... semuanya hanyalah atas kehendak Allah.... kita hanya merancang, Allah yang menentukan....

Macam sekarang... tak pernah sekali pun bercita-cita nak jadi cikgu pun... tapi sekarang jadi cikgu... heh... hebat kan Allah?

Yang penting, setiap antara kita kena bercita-cita untuk menegakkan agama... dan untuk syahid di jalanNya...

Teringat aku sebuah kisah yang pernah dengar dari sebuah majlis... Ada seorang Sahabiyyah yang ada 4 orang anak lelaki... Dalam satu fisabilillah, keempat-empat anak lelakinya menyertai medan jihad tersebut...

Kemudian satu berita sampai kepadanya.... bahawa anak sulungnya telah syahid.... Wanita ini sekadar terdiam...

Tak lama lepas itu, sampai berita lagi yang anak kedua pun telah syahid... begitu juga anak ketiga beliau... Sahabiyyah ini tetap mendiamkan diri....

Last... sampai satu berita yang anak ke-4 turut telah syahid.... tetapi wanita tersebut tetap mendiamkan diri...

Maka ada orang bertanya kepada beliau... apakah beliau terlalu sedih dengan kesyahidan keempat-empat anaknya... sehingga terdiam?

Wanita itu menjawab, "Mengapa aku perlu bersedih? Sedangkan kerana maksud itulah (syahid di jalan Allah) aku telah mengandungkan mereka selama 9 bulan, melahirkan mereka dengan susah payah... supaya kesemua mereka dapat syahid di jalan Allah!!"

Begitulah mereka dari zaman Sahabat, semua diri dan nyawa mereka telah diletakkan untuk maksud agama... tak cukup dengan diri mereka, mereka turut tanamkan cita-cita yang sama kepada anak-anak mereka sekali...

Allahuakbar!!!



P/s: Video Clip di atas tidak menggambarkan saya berpihak kepada mana-mana parti di Malaysia... Cukuplah sekadar dengar lagunya je...

12 comments:

Master Coordinator Shaklee, Pakar Vivix Shaklee ResV Softgel, COD SHAKLEE Seluruh Malaysia, Daftar Ahli Shaklee / Daftar Agen Bisnes Shaklee 019-3476996 said...

subhanALLAH
very well said
bagus hilmi
sy sendiri terasa tersedar dgn entry u ni

tq
jazakallah khairan kathira

Ziarah76 said...

alamdulillah
byk perkara lebih baik dari sebelumnya

ratu syahadah said...

cita-cita tak akan terhenti selagi manusia itu sendiri bernafas.....
dan perjalanan setiap manusia itu berbeza2.apa pun pengalaman itulah yang mengajar erti kedewasaan & kematangan.

ratu syahadah said...

saya ada artikel pasal diet ni yg ikut jenis darah.bacalah.slamat mencuba

MZ said...

hey.
saya dpt offer mengajar sekolah menengah swasta.
interview minggu depan.

doakan!

Ladyship Atie said...

Science dan Social Studies

ade ke subject ni kt primary school?

pu3 balqis said...

masyaAllah, nice post..
best sgt.. ana juga seorang guru..
tapi cuma guru sementara ja..
bila cerita sal cita2 dulu.. teringat balim yang ana pon banayk jugak cita2..

huhu.. tak larat nak senaraikan kalau ikutkan tuh..

but mengajaq mmg best...!

banyak pengalaman mengajar yang takkan ana lupa..

nice post..
keep on posting..

pu3 balqis said...

ya.. juga seorang guru..
syukran sudi singgah ya.. izin amek link..
ana suka baca n3 kat cni..
keep on blogging

eksp said...

salwa: masya Allah... sekadar menulis sahaja.. yang bagi rasa tersentuh, tersedar, hidayah dan taufiq itu datangnya dari Allah..

mari kita sediakan anak (dan bakal anak.. heheh) untuk perjuangan tegakkan agama Allah =)

(kem salam kat suami aaaa)


mutakalim: alhamdulillah =)

ratu syahadah: benar tuh... benarrr...

yang pasal artikel diet tuh, dah baca dah... banyak fakta menarik.. hehe


maryam: uiks? sekolah mana tuh?? ntah2 satu sekolah tak?? heheh...

kalau satu sekolah, siap sedia la kena buli nanti... heheheh

atie: apa pulak takde... memang skang subjek2 tuh dah diajar kat sekolah rendah level 2 (4,5,6) laa...

cuma tak masuk upsr je kalau tak silap

pu3balqis: waa.. ada rakan baru nampaknya... aiwaaahhh..

selamat datang ke blog nih cikgu balqis... juga selamat menjadi tenaga pengajar yang berkaliber.. heheh

ngajar kat mana?

dust said...

lalalala..hilmi..
bila nk belanja aku..
gaji dah masuk tu..lalalala..
itu je yg aku nmpk dlm artikel pjg2 ko ni..hebat tak penglihatan aku..hehe..

saljuhumairah said...

best posting nih..
vclip tuh..walau tak bermaksud apa2 untuk tuan, tapi best...

eksp said...

nasrah: belanja??

ko pun tak pernah belanja aku... ada hati suh aku belanja ko dulu ek?

hehehe =p

nanti aku belanja la... ramai2 kumpul baru best...

tag ko nanti aku jawab ek..


Lukisan Pena: heh.. mekaceh... yup.. lagu tuh memang best