Monday, May 11, 2009

Selesainya kemelut Negeri Perak

Alhamdulillah... selesai sudah kemelut politik di negeri Perak, setelah pihak mahkamah mengisytiharkan bahawa Datuk Seri Mohamad Nizar masih lagi Menteri Besar yang sah.

Seperti yang aku tegaskan sebelum ini, walaupun aku bukanlah penyokong kepada mana-mana pihak, termasuklah Pakatan Rakyat, tetapi aku tetap masih tidak bersetuju dengan cara pengambil alihan kerajaan sebelum ini oleh BN... Aku tetap berpendapat samada prosedur undi tidak percaya di sidang DUN, ataupun yang terbaik dengan bubarkan sahaja DUN dan adakan semula pilihanraya ADUN di seluruh negeri Perak.. Demi untuk menjamin integriti kerajaan negeri yang bakal dibentuk nanti, tak kira samada dari Pakatan Rakyat, mahupun Barisan Nasional....

Oklah... tamat di sini ulasan tentang politik.... sebab blog ini bukanlah blog politik macam blog chedet, atau blog raja petra, atau blog nik abduh, atau blog "si penarik beca"... tapi macam aku selalu cakap, ini hanyalah sebuah blog yang penuh dengan penulisan santai....

Oh ya... lupa nak cakap... walaupun Nizar masih MB Perak... tapi perlantikan Speaker DUN baru oleh BN baru-baru ini tetap sah... so tak tau la berapa lama Nizar boleh bertahan sebagai MB... ermmm....

Sesungguhnya Allah berkuasa untuk memberi kuasa dan pemerintahan kepada sesiapa yang Dia kehendaki..... Wallahualam

Berita penuh di SINI


Tentang hidup aku,

Beberapa hari ini agak sibuk... nak setelkan monthly test bebudak nih yang tak sempat buat oleh previous cikgu... Dah la minggu depan dah nak mula exam semester 1...

Doakan moga bebudak nih semua pass dengan flying colours... amin...

7 comments:

Ladyship Atie said...

comel gile buat soalan untuk kanak2 haha

eksp said...

saya memang comel... mekacehh...

heheheheh =p

Ladyship Atie said...

cannot go (tak boleh blah) haha

eksp said...

anda jeles..

sekian...

=p

ratu syahadah said...

ala...bukan susah nak buat soalan kanak2 kan....bagi je soalan exam encik hilmi masa kat U dlu.
slamat buat soalan

Ziarah76 said...

aku rasa ada pilihan raya DUN di perak dalam masa terdekat bila Nizar bubarkan DUN.
perak memang meriah politik...

Hilmi Khairi said...

ratu syahadah: bengong budak2 tuh nak jawab soklan budak u kang... heheh

mutakalim: sultan nampak gaya macam tetap taknak bubar DUN.. begitulah meriahnya kami di perak.. heheh