Thursday, June 11, 2009

Menyempurnakan Urusan

Kita seringkali berdepan dengan situasi di mana ada sesuatu urusan yang perlu diselesaikan... dan aku rasa takde seorang pun manusia dalam dunia ini yang tak pernah berdepan dengan situasi ini..

Contohnya, seorang pelajar sekolah, perlu menyiapkan kerja sekolah dia sebelum ke sekolah... andai tak siap, nescaya melayanglah magic stick ke salah satu bahagian pada badan dia, misalnya tapak tangan, atau kat belakang badan... adoiiiii...

Muahaha...

Atau seorang yang nak membasuh baju, maka dia perlulah mulakan urusannya dengan mengumpulkan segala baju dan kotoran... masuk baju dalam washing machine... tunggu sampai siap, pastu sidai kat ampaian... maka setel!

Begitu jugak seorang penulis blog... perlu bukak blogger.com dan login... kemudian perlu menulis tajuk posting dan menulis sampai habis... lepas tuh klik publish post... dan taraaa!! siap dah posting kat blog... tunggu untuk di comment oleh kengkawan... tuh pun kalau ada comment la... hehehe...



Inilah dia antara contoh-contoh urusan yang perlu kita selesaikan setiap hari... Tak campur situasi kalau memasak sampai siap, urusan sebagai bos kat pejabat, pensyarah di universiti, tukang jual cendol.. bla.. bla... blaa.... maka setiap hari sememangnya ada je urusan yang perlu diselesaikan oleh setiap individu makhluk Allah...

Hatta haiwan pun ada urusan yang perlu dia selesaikan... err.. tak perlu aku ceritakan kat sini kot... nih pun macam dah panjang dah posting aku... hehe..

Tapi apa yang nak dihuraikan di sini adalah bagaimana kita berhadapan dengan sesuatu urusan? Adakah kita sekadar menyiapkan urusan tersebut, atau kita berjaya menyempurkan urusan itu dengan baik?

Contohnya... aku ambil balik situasi di atas...

Seorang pelajar siapkan kerja sekolah... dia pakai isi je ruang kosong... tulis pun pakai sempat je... dan kemudian jawab soalan "Why the plants could not survive without water" dia boleh tibai "because the plants is going to hell" (diambil dari kejadian sebenar nih... adoiiii... hahah)... malah dia pun tak ambil tahu apa yang dia belajar selama ini, maka dia sekadar menyiapkan kerja sekolah, tetapi bukan menyempurnakan kerja sekolah...

Kalau dia menyempurnakan kerja sekolah... pelajar ini akan jawab dengan berhati-hati.. setiap soalan akan diteliti dengan baik, kemudian bagi soalan yang ada kemusykilan dia akan bukak buku teks atau rujukan untuk tahu jawapan yang sebenar. Jawapan yang diberi juga bukan jawapan merapu... Kalau masih tak faham, dia akan bertanya kepada parents atau guru tuisyen untuk menjawab soalan-soalan berikut...

Ada beza, kan?

(Ala hilmi... ko dulu jawab kerja sekolah pun pakai ikut dan je kan? heheheh )

Contoh lain, orang yang nak basuh baju tadi bukan sekadar terus kutip baju dan sumbat dalam washing machine... tapi sebelum itu dia akan asingkan dengan baik baju yang boleh dimasukkan dalam washing machine, dan yang tak boleh dimasukkan dengan washing machine... kemudian selesai membasuh dia akan sidai dengan baik, takde pakai letak je... malah hasil sidaiannya itu menjadikan baju-baju kemeja boleh dipakai terus walaupun tidak bergosok!


(Ala hilmi... ko pun jenis pakai sumbat je baju dalam washing machine, kan? hehehe...)
(Err... aku takpe... sebab aku takde baju mahal..
)

Seorang yang berniaga pun begitu, bukak kedai tepat pada waktunya... kalau kat papan tanda perniagaan kata pukul 8 pagi dia bukak, maka tepat pukul 8 bukaklah ia... takde la macam sesetengah kedai kata bukak pukul 8 pagi... tapi 10.30 pun belum nampak batang hidung tuannya... peniaga ini jugak menjaga akaunnya dengan baik... stok dan stor sentiasa kemas dan lengkap inventorinya.. barulah perniagaannya akan berkembang maju!

Begitu juga dalam solat... ada orang kalau sekadar solat ikut sempat, tak berjemaah ikut sunnah Nabi... bacaan pun laju je sekadar cukup syarat... memanglah dia dah selesai bersolat, tetapi sempurnakah solat dia?

Sedangkan dalam permulaan surah Al-Mukminun, Allah bagitau bahawa mereka yang beriman itu adalah mereka yang menyempurnakan solat mereka (mengikut tafsir Ar-Rahman)... bukan sekadar menunaikan solat begitu sahaja...

Bagaimana cara menyempurnakan solat? Ulama' bagitau yang penyempurnaan solat ini bermula dari bab thaharah, yakni dari bab hadas, ambil wudhu dan juga pakaian yang suci... kat sini pun sebenarnya ramai antara kita dah failed... wudhu tak sempurna... basuh muka tak kena seluruh wajah... tangan basuh tak sampai ke siku... kaki pulak selalu termiss kat tumit... Maka bagaimanakah solat itu hendak sempurna?

Itu belum bicara tentang berihtimam menunggu masuk waktu di masjid... solat sunat rawatib bagi membina rasa khusyu' dalam solat bla..bla.. blaa...

Kesimpulan yang aku nak cakap kat sini... Apabila kita berhadapan dengan sesuatu urusan, maka cubalah kita sempurnakannya dengan sebaik mungkin.. Tak kiralah samada urusan dunia yang penting atau yang tak penting... lebih-lebih lagi benda yang berkaitan dengan urusan akhirat... Kerana, jika urusan kita tuh sempurna dengan baik, kita jugak yang akan gembira... kan?



Cuba bayang kalau baju yang tak boleh masuk washing machine... kita termasukkan jugak kerana kecuaian kita... kita jugak yang menangis kalau baju tuh turun warna... ataupun rosak.. nak pulak kalau baju kita... tak pasal-pasal kena padan dengan muka sendiri.. hehehe...



P/s: nih anak sape kecik-kecik dah kena buli suh basuh baju nih??? hahaha.. aku jumpa sambil-sambil google...

Sunday, June 7, 2009

Kemalasan tahap melampau...

Habis je exam hari tuh... mengalami saat-saat mimpi ngeri dalam sejarah hidup seorang cikgu...

MENANDA KERTAS JAWAPAN!!

Memang ngeri... sampai mengingau2 dalam tidur untuk menanda kertas jawapan...

Alhamdulillah, sempat siapkan kerja sebelum cuti sekolah... so once dah siap masuk je cuti sekolah.. terus badan dengan serta merta jadi malas... rasa macam nak taknak tengok kertas, menulis mahupun menaip...

Itulah sebabnya kenapa langsung tak menulis kat blog... sampailah hari ini....

Teringat tentang wonderpets... maka diletakkan lagu Wonderpets kat bawah nih... hehehe...



Apa yang penting?? Kerjasamaa....
Apa yang penting?? Kerjasamaa.....



Oh.. saya juga dah menyertai gymnasium sekarang nih... So tak risau sangat yang badan mungkin naik masa cuti sekolah nih... heheh