Wednesday, November 25, 2009

Kebahagiaan

Di kala petang yang syahdu ini... tetiba teringat kepada isi ceramah Ust Ali Akbar semasa mengajar di Adni dulu

Kepada mereka yang mencari kebahagiaan.... Jawapannya ada di sini....

Sabda Rasulullah s.a.w, mafhumnya;

"Empat Perkara yang membawa kebahagiaan; Isteri yang Solehah, Kediaman yang Luas, Kenderaan yang Baik, Jiran yang Soleh"
[HR Baihaqi dan Ibn Hibban]

Perkara #1 - Isteri yang Solehah

Ini rasanya memang terang dan jelas dah kat kita semua... kepada mereka yang masih solo, maka carilah calon isteri yang solehah.. Nabi s.a.w pesan untuk cari isteri yang baik rupa parasnya, berharta, dari latarbelakang keluarga yang baik, dan juga baik dari segi agamanya...

Kalau yang perempuan, carilah ciri-ciri yang sama... lelaki yang soleh... bukan setakat bernama Muhammah Solleh bin Karim (sori la solleh... aku guna nama ko kat sini... tapi takpe, ko bukan masuk blog aku pun.. muahaha).. tetapi soleh dari segi amalannya... dan taqwanya kepada Allah

Paling kurang pun, mereka yang tak soleh sangat... tapi ada keazaman untuk jadi seorang yang soleh!

Bab soleh nih la yang susah, kan? sebab ramai orang, tak kira laki atau perempuan, jangan katakan nak beramal hebat seperti zaman Sahabat... nak cari yang jaga solat pun susah! Sedangkan terang dan jelas bahawa solat itu merupakan kunci yang membezakan antara yang beriman dan yang kafir..

"Encik Hilmi, orang yang tak solat pun, ada yang lebih baik daripada mereka yang tak solat"

Aku jawab, "Tepuk dada, tanya iman..."

Bab ni... insya Allah aku nak lalui tak lama lagi... Hehehe...

Doakan aku tuan-tuan...


Perkara #2 - Kediaman yang Luas


Kalau cakap pasal kediaman yang luas, mesti kita akan fikirkan rumah yang luas ala-ala chateau di France... Rumah 2-3 tingkat, ada 12 bilik... ada padang kat tengah-tengah rumah... siap boleh buat ruang memanah..menunggang kuda... ruang untuk swimming pool kat dalamnya... dengan rumah terletak di lereng bukit macam kat cameron highland... sambil minum teh Earl Grey di lereng tu sambil sibuk memuji kebesaran Allah dengan menikmati pandangan yang seperti taman-taman syurga di dunia nih..

...eh jap... apa aku meraban nih?? hehe..

Memang tak tercapai dek tangan untuk memiliki harta kekayaan macam tuh kat dunia nih... lagipun, kumpul harta banyak-banyak pun lagi menyusahkan untuk kena hisab, betul tak? maka simpanlah angan-angan ini di akhirat.. insya Allah, Allah akan beri ganjaran yang jauh lebih hebat!! dan seandainya memang rezeki Allah beri kepada kita sebegini, maka janganlah sekali-kali lupa perintah Allah...

Back to the topic.. ulama' telah mensyarahkan kediaman yang luas yang dimaksudkan oleh Nabi s.a.w kepada dua maksud

Pertama, kediaman yang luas tuh memang secara fizikalnya luas... maka fitrah manusia, ruang yang luas memberi banyak kemudahan... senang nak buat ruang untuk tahajud dan baca taalim, ruang untuk anak-anak berlari-lari (waktu depa baru nak belajar jalan)... dan ruang yang lapang ni jugak memberi keselesaan kepada tuan rumah dan ahli-ahlinya..

Kedua, ulama juga mentafsirkan, luas tuh juga bermaksud rumah yang penuh dengan amalan... rumah itu bukan sekadar 'bertugas' sebagai tempat tidur dan berteduh... tapi jugak sebagai 'masjid' dan 'madrasah' kedua.. di mana dari rumah inilah akan menghasilkan keluarga yang beriman.. anak-anak yang soleh dan solehah yang bakal menyambung usaha agama... rumah juga menjadi tempat hati ahli rumah jadi tenang... walaupun sempit dan tidak selesa dari segi fizikal, tetapi hati ahli rumah tetap melekat di rumah disebabkan ketenangan itu...

Tentang ni... aku masih mencari rumah sewa untuk duduk dengan bakal ahliah aku... ada sesapa ada rumah untuk disewa berdekatan UM? kalau nak beli, aku tak mampu lagi.. tapi sewa tuh mampu la.. jangan la pulak korang cekik aku sampai RM1000 sebulan, sudah!

Hehe


Perkara #3 - Kenderaan yang Baik

Aku adalah 'perempit' kereta!

Serius!

Masa aku bawak kereta ABV lama aku tuh... aku memang suka lenjan kereta tuh habis-habis.. pernah bawak 160 km/h dari KL ke Ipoh.. sampai gegar enjin kereta aku tuh.. haha

Habis beribu jugak untuk maintain kereta tuh

Tapi finally sudah sampai 'ajal' kereta tuh bilamana sekali terlibat dalam accident kecil semasa nak mengelak penunggang motor berhelmet kuning semasa dalam perjalanan ke tempat kerja... menyebabkan gearbox kereta pecah dan kereta tersangkut di tepi jalan...

Penunggang berhelmet kuning itu pulak dengan selamba meninggalkan aku...padahal asbab dialah aku accident.. huhu..

Maka terbanglah hampir RM2000 untuk ganti gearbox dan repair apa yang patut.. dan lebih sedih walaupun kos sebanyak itu telah dikeluarkan, ABV tuh dah tak smooth macam dulu lagi dah... Enjin macam jem dan sangat susah nak tukar gear..

Bersedihlah aku..

Tapi Allah kan dah janji, setiap perkara ada hikmahnya?

Yang patah, tumbuh.. yang hilang, berganti..

Yang ROSAK, kita trade in.. yang LAMA, dapat baru........!

Semuanya perancangan Allah untuk bagi aku dapat peluang memiliki 'kuda' baru.. sebab Allah tahu yang aku nih sangat susah nak berpisah dengan 'cinta pertama' si ABV itu..

Alhamdulillah... gen gen rangers ku dah dapat semalam.. segala puji bagi Allah!

Bukan gambar asal.. tapi camnih la kuda baru aku..

Perkara #4 - Jiran yang Soleh/Baik


Rasanya korang dah tahu kot.. Sila rujuk Ustaz/Orang Alim/Imam masjid berdekatan...

Hehe..


Wallahualam

Thursday, November 12, 2009

Malam ini saya jadi budak baik



Hehe

Kepala tengah tepu sebenarnya.. tuh sebab tak dapat nak menulis topik yang berat-berat...

Walaupun teringin nak tulis dan ulas pendapat tentang banyak perkara yang terjadi sekarang nih...

Misalnya pasal bonus kakitangan kerajaan takde, dapat RM500 je hujung bulan depan... huwaaa... tahun pertama aku jadi kakitangan kerajaan la pulak jadi camnih pun... huhu

Juga pasal resolusi seminar politik PAS minggu lepas ke..

Atau pasal isu baiah talak tiga PAS ke....

Isu perbalahan dalaman MCA ke...yang tak habis-habis nak EGM sekarang nih...

Penangkapan Dr MAZA oleh JAIS minggu lepas ke....

Isu perluasan Wahabi dan Salafi di IPTA ke... tadi baru sembang benda nih dengan brader tukang gunting rambut...

Atau pasal isu korupsi semasa BN memegang kerajaan negeri selangor yang ingin didedahkan oleh kerajaan sedia ada sekarang ini...

Atau juga pasal pergeseran dalam PKR melibatkan Zulkifli Nordin dan Sivarasa baru-baru ini..

Apatah lagi, aku memang takde mood nak citer pasal Manohara dan kerabat Kelantan... heh..

(Saje je mention semua benda di atas... nak bagitau yang saya masih suka mengikuti perkembangan semasa...hehe)

Tapi bila pikir-pikir balik... dengan keserabutan dan ketepuan dalam kepala sekarang nih, baik tak payahlah kot... kang tak pasal-pasal je high blood pressure... heh

Lagipun, kan ke blog coretanversidua ini sekadar tempat untuk merehatkan minda? coret-coret sebagai resolusi self-neuron impact assessment?

Biarkan ratusan atau ribuan lagi penulis blog berkecenderungan politik dan ehwal semasa untuk bercerita, mengulas dan menganalisis..

Yang penting, kita yang Allah bagi cerdik pandai, kena pandai filter maklumat yang ada dengan kepandaian tersebut... dan jangan taksub kepada sesuatu pihak hanya kerana pihak itu melaungkan slogan "1 Malaysia" ke... atau kerana pihak itu mengaku dia perjuangkan Islam ke... atau kerana pihak itu kata dia di pihak rakyat ke..

Taksub takkan bawa kita mana-mana.... taksub hanya mencampakkan kita lebih jauh ke lembah kejahilan lagi....

Heh...

"Ya Allah, jadikanlah segala yang berlaku di sekeliling aku sekarang ini sebagai pengajaran dan hikmah bagi aku, supaya bertambah pengalaman daku dan pengetahuan daku di dalam menempuh kehidupan ini sebelum kembali mengadapMu... amin"

Sesungguhnya maut itu hampir!

Baik kita pikir pasal mati... betul tak?

Owh, malam ini memang saya menjadi budak baik!