Bila melalui bulan Ramadhan, sudah semestinya penekanan diberikan kepada penambahan amalan dan ibadah di dalam usaha untuk mendapatkan pahala sebanyak-banyaknya... betul tak? Namun pernah tak kita terpikir dan menilai balik setiap amalan yang kita buat, adakah ianya benar mengikut sunnah Nabi dan mendapat keutamaan yang tinggi... atau sebenarnya kita tersilap?
Contohnya...
1. Ramai orang mengutamakan amalan berbuka puasa...
Tapi..
Kerana amalan berbuka puasa... berapa orang ramai tercicir solat berjemaah maghrib di masjid? Bagaimana pula dengan amalan solat sunat awwabin 2/4/6 rakaat selepas waktu maghrib? Tu tak campur yang langsung tak solat maghrib dengan alasan tak sempat kerana berbuka... atau alasan perut terlalu kenyang untuk nak bangun mendirikan solat... huhu..
2. Ramai orang mengutamakan amalan bersahur ...
Tapi...
Dah elok dah bangun sahur.... siap bangun awal tuh... tapi boleh pulak mengabaikan peluang untuk solat sekurang-kurangnya 2 rakaat tahajud... sayang sekali... (termasuklah aku... ish ish) Pulak tu, dah elok bangun awal... boleh pulak tido balik lepas sahur... bangun pukul 8-9 pagi... akhirnya solat subuh pulak yang terbabas... errr...
3. Ramai orang mengutamakan amalan tarawikh... dengan mencari masjid yang bagus bacaan imamnya...
Tapi...
Kerana masjidnya itu jauh.... maka sampai-sampai je di masjid dari rumah... tengok-tengok dah pun habis solat isya berjemaah... kan rugi? Sedangkan solat fardhu itu sunnahnya berjemaah... tarawikh hanyalah sunat...
4. Ramai orang mengutamakan amalan berbuka puasa (ulangan)
Tapi..
Waktu nak berbuka puasa, itulah waktu paling membazir... apa taknya? dengan murtabak, mee goreng, ayam percik, karipap putar, roti jala bla...bla...blaa....... tapi untuk makan sorang!! mak aih.... perut dinosour ke hape?? akhirnya makannya sikit je.... banyak yang membazir....
Ada jugak yang tiap-tiap hari nak makan buffet kat tempat mewah-mewah... RM80 per pax... tapi nilai yang dimakannya tak sampai RM20... pembaziran lagi...!
5. Ramai orang mengutamakan amalan berpakaian baru untuk Aidilfitri..
Betul,kan?
Belum bulan Ramadhan, kat jusco dah ada jual baju raya dah..... siap hari pertama bulan Ramadhan, dah pun survey baju raya apa nak pakai.... Betullah tu... Rasulullah saw suruh kita untuk berpakaian baru untuk menyambut Aidilfitri... Tapi itulah bukan keutamaan yang sebenarnya... bila kita beli baju raya awal-awal, tak ke kita seperti tak sabar untuk meninggalkan bulan Ramadhan? Sedangkan kita patut sayu dan sedih untuk meninggalkannya...
Banyak lagi sebenarnya yang boleh ditulis kat sini... tapi lebih baik kita sama-sama fikirkan sendiri.... Ambil masa seminit, di kala sibuk di meja pejabat untuk muhasabah balik bagaimana Ramadhan tahun ini untuk kita.
Fikir-fikirkan... dan selamat beramal...... hehe
Ini sebuah blog di mana saya suka menulis apa yang terlintas dalam hati atau fikiran saya
Friday, August 28, 2009
Thursday, August 27, 2009
ahlan ya Ramadhan...
ahlan ya Ramadhan..
moga kita sama2 dapat manfaat yang banyak sempena bulan yang mulia ini...
saje letak lagu lama... tribute untuk Ramadhan.. dan juga untuk arwah Ust Asri...
bagi saya yang membesar dengan alunan nasyid... pemergian arwah sangatlah memberi kesan kepada diri... moga Allah terima segala amalan arwah sebagai ibadah dan dakwah.. dan moga Allah ampunkan andainya ada silap di dalam dakwahnya..
amin...
Perkembangan terkini
Alhamdulillah... doktor tak declare sebagai sakit darah tinggi... cuma kena banyak rest... average bp 135/85.. kiranya boarder line la nih... ujian darah dan air kencing indicate kadar gula, cholestrol, protein semua normal... so mungkin bp naik hari tuh sebab tekanan kerja dan tak cukup rehat...
so kena la rajin tido 5-7 jam sehari... takleh la macam dulu lagi dah... heheh
Tuesday, August 4, 2009
Bila hati tak tenang
Blood pressure naik... berjaya hit sampai 180/90 pada minggu lepas...
So esok kena follow up dengan doktor untuk tengok perkembangan tekanan darah... harapnya takde apa-apa la...
Kenapa blood pressure boleh naik?
Pada pendapat aku, sebab-sebab di bawah ini adalah antara asbabnya...
1. Kerja yang sibuk (tutorial + practical lab + research sendiri)
2. Tidur yang tak cukup
3. Pemakanan yang tak seimbang, asyik makan kat Wahid UM je... dah la asyik ambil yang berminyak...
4. Kepala asyik berfikir kebelakangan nih
5. Iman lemah... amalan tak kuat... dan hati jarang mengingati Allah...
Teringat dengan satu kuliah syarah kitab yang hadir baru-baru ni di Masjid Ar-Rahman semasa menunggu waktu zohor...
Dalam hati orang mukmin, perlu ada iktikad yang betul kepada Allah, tanpa sebarang sedikit pun rasa syak... maka mereka ini jiwanya akan sentiasa tenang sebab dia yakin bahawa segala yang berlaku adalah atas kehendak Allah... dan Allah sentiasa membantu dan bersama-sama hambaNya...
Maka kenalah belajar-belajar mengingati Allah di setiap saat dan masa.... =)
Zaman sekarang nih, penyakit darah tinggi dah jadi benda yang biasa, kan? isk..

Subscribe to:
Posts (Atom)