Monday, April 6, 2009

Menziarahi PPUM

Hari ini merupakan hari melawat doktor kat PPUM... hehe

Actually aku tak berapa sihat (lagi! huhu)... tapi kali ni sakit lain pulak... sakit tekak dan batuk tahap maksimum sampai suara aku jadi macam ala chewbecca dari Star Wars... hahaha

Selain dari itu, saya juga injured dalaman, kat belakang pinggang akibat main tarik tali masa Mukhayyam untuk semua cikgu cikgi sekolah di Bagan Lalang seminggu yang lepas.... Ada rasa pedih, dan panas-panas kat tempat sakit tuh, tapi takde pulak sebarang bengkak... Mula-mula ingatkan sekadar tergeliat urat... tapi panasnya rasa lain macam, so timbul risau barangkali ada kecederaan dalam... Dah la dekat dengan buah pinggang!

Innalillah...

Harapan dan doa, moga-moga takde apa-apa yang serius la... takde la sampai radang buah pinggang ke hape...

Agak tensen jugak dengan doktor tadi... sebab dia tengok pun seimbas je... takde pun sebarang X-ray, ataupun ujian air kencing ke, jangan cakap la nak buat ultrasound... hehe... pastu bagi painkiller dengan minyak sapu untuk kecederaan yang dah masuk 10 hari nih... macam tak masuk akal pun ada jugak....

Doktor pun muka ketat je... ye lah, tak boleh salahkan jugak... dengan masih ramai pesakit yang beratur kat luar.... paham la kan....

So, sabar je la..

Oh ye, lupa nak cerita... hari ini terlalu ramai orang yang sakit...

Saya sampai di PPUM pukul 9.30 pagi...

Tapi dapat jumpa doktor pada pukul 3.30 petang!

Terasa serik untuk pergi ke hospital kerajaan lagi dah untuk pemeriksaan permulaan ini... maka lebih baik saya bazirkan seratus dua extra di hospital swasta... daripada terbazir masa yang sangat banyak semasa di hospital kerajaan....

Dalam keadaan kerisauan ini, ingat nak ke hospital swasta esok, untuk dapatkan pemeriksaan yang lebih rapi, at least ada X-ray ke.... as second opinion...

Owh ye, saya dapat MC untuk 2 hari... hari ini dan esok.... ustaz tak masuk kelas... heheh

Kepada doktor-doktor yang bertugas, atau yang bakal bertugas, diharapkan anda dapat menjalankan tugas dengan baik.... syabas buat anda kerana memilih pekerjaan yang sangat diperlukan oleh orang ramai, semoga apa yang anda buat mendapat balasan yang baik dari Allah....

=D

7 comments:

chomelista homestay said...

Hohhhh.... kena tggu smpai 6jam?
Biar betolll?

Aku paling lama tggu pon 2jam lebih huhuuu.

Sian plak kat ko.
Lenkali ko gi le klinik swasta duluh pastu baru blh doc. tu refer ke bahagian mana2 terus kat gomen.. lg cpt hukss..

Ziarah76 said...

semoga cepat sembuh

ratu syahadah said...

pegi je swasta...kerajaan ni lambat dalam pemeriksaan yg rapi.dulu ada seorg kwn, sakit buah pinggang.terpaksa tunggu sebulan utk rawatan.lama kan???at last, Allah lebih sayangkan dia sebelum sempat dia dapat rawatan sebab kena tunggu sebulan lamanya untuk rawatan sebab ramai pesakit...INNALILLAH

Unknown said...

"Dan orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad pada jalan Allah (untuk membela Islam) dan orang-orang (Ansar) yang memberi tempat kediaman dan pertolongan (kepada orang-orang Islam yang berhijrah itu), merekalah orang-orang yang beriman dengan sebenar-benarnya. Mereka beroleh keampunan dan limpah kurnia yang mulia." (Al-Anfaal 8:74)

Salam ziarah dari saya,,blog yang menarik ,jemput muzakarah di blog saya....dan jadikan blog saya sebagai rakan anda..tq

MZ said...

Seminggu kat GH Seremban, saya bertukar ke Pantai Specialist Centre.

Private selalunya memang lebih baik dr gov.

X tahu lah kenapa.

btw, semoga sabar menghadapi ujian kesakitan dari Allah.

peace.

eksp said...

deidaa: haah... 6 jam.. best tak?

aku rasa sebab hari isnin kot.. so ramai yang tak dapat datang hari sabtu dan ahad harituh datang secara berjemaah ke hospital kot...

hehe


mutakalim: aminn... jazakallah


ratu syahadah: after sebulan baru dapat rawatan buah pinggang? mak aih... boleh ranum masak buah pinggang tuh dibuatnya...


anak pendang: salam ziarah kembali... hehe... blog nih takde la menarik mana... penuh dengan penulisan yang tak bermanfaat dari seorang yang banyak bergelumang dengan ghairullah je...

insya Allah tuan, akan ziarah kembali


maryam: memang betul.. private is much better daripada hospital kerajaan...

mungkin sebab mahal... so orang tak ramai...

tapi dari segi pakar, orang cakap hospital kerajaan punya pakar is far much better....

hmmm...

MZ said...

kenangan patah tangan hari tu memang serik nak pergi gov.

sama je pakar gov pun.


tgk diorg wt keje lagi kelam kabut.

private doc. wat keje relax je.