Friday, March 20, 2009

Penantian itu satu penyeksaan

Pernah dengar quote dari title kat atas nih?

Yup... sememangnya penantian itu satu penyiksaan....

Seorang yang memohon loan untuk memulakan perniagaan... ianya menjadi satu saat yang menyiksakan untuk mengetahui samada permohonannya diluluskan atau tidak...

Begitu jugak seorang yang sedang menanti keputusan SPM, rasa menderita untuk menanti keputusan untuk keluar.... tersiksa tunggu dah satu hal... dapat result teruk, satu hal yang lain.. hehe... (Tapi sekarang budak-budak SPM dah boleh lega sebab result dah pun keluar... sibuk memohon universiti la pulak... satu penantian yang lain)

Seorang yang dah ada calon isteri atau suami... dan sedang menghitung masa untuk bernikah, pun lagilah tersiksa jiwa dan raga..... heheh... tapi lagi tersiksa mereka yang dah pun bernikah, tapi terpaksa duduk jauh-jauh kerana tugas... (khas untuk para guru-guru.. dan juga kepada isteri-isteri yang suami-suami mereka kerja offshore)

Seorang yang tengah mencari kerja.... tunggu untuk dipanggil interview... pun tersiksa la jugak... dah diinterview, menanti keputusan interview pun tersiksa jugak...

Seorang yang masih solo, ternanti-nanti ada orang masuk meminang @ mengorat pun satu penyiksaan jugak...

Dan banyak lagi bentuk penyiksaan yang tak dapat den nak coret-coretkan kat sini...

Banyaknya penyiksaan yang sedang melanda umat manusia...

Anda dalam kategori @ golongan @ kumpulan yang mana?




TAZKIRAH MODE:
Alangkah beruntung mereka yang beriman... kerana dalam keadaan tersiksa ataupun tidak, mereka tetap teguh dan utuh berpegang pada tali Allah... kerana mereka sedar bahawa dunia ini hanya ujian semata-mata, penjara untuk para mukminin.... dan di akhiratlah tempat segala nikmat, tanpa sebarang ujian dan penyiksaan buat selama-lamanya... dan itulah tempat bernama jannah


4 comments:

dust said...

ekekeke...
ko kategori mana weh?
nak ngorat org ek?

eksp said...

aku spesis menanti untuk dingorat...

muahahhaah *gelakguling lagii......

gurau.. gurau...

=D

Anonymous said...

menanti utk dingorat?.
hish.x gentleman betul.
heeee(:

eksp said...

konsep gentleman tuh hanya teori je... tak wajib diikut pun... =p

sedangkan Rasulullah dulu pun, Khadijah yang masuk meminang...

heheh