Semalam temankan mak ke pejabat pos, untuk ambil duit rebate kereta. Maklumlah, sejak menjadi orang Ipoh buat sementara waktu ni, mak selalu ajak keluar, sebab ada driver tetap la katakan... hehe
Sampai kat depan pagar pejabat pos Ipoh Garden tuh, mak terus masuk ke dalam sementara aku just tunggu kat dalam kereta kat luar. Sekali tengok kat tepi pagar ada seorang mamak jual cendol. Ada la jugak 2-3 orang brader tengah makan cendol sekali kat situ. Maka tetiba tergerak hati aku, "pekena cendol pun best jugak nih, cuaca pun panas-panas..."
Maka aku pun keluar la dari kereta... dan order satu cendol pulut... ermm... nyum nyum... dah lama tak pekena cendol sejak on diet nih... heheh
Sambil makan, kami perasan perubahan cuaca... dari cuaca yang agak terik, tetiba makin mendung...
Aku tengok uncle yang jual cendol tuh, dia asyik pandang ke langit bila cuaca makin mendung macam tuh... Perasan jugak ada sedikit riak kerisauan yang terpapar kat muka dia...
Seusai je aku makan cendol, dan bayar RM1.60 (eh, masih murah rupanya cendol kat Ipoh nih... kalau kat KL dah kena RM2 dah aku), aku terus masuk kereta.... elok-elok je aku masuk, hujan mula turun renyai-renyai... Aku berpaling balik tengok ke arah uncle tadi. Dia dah start turunkan sikit payung supaya air hujan tak masuk dalam cendol dia... Dia pun dah pakai baju sejuk siap-siap duduk kat basikal dia tu.
Sejam hujan turun, dan makin lebat... dan uncle tu aku tengok tetap duduk berteduh bawah payung dia dengan penuh kesabaran.. sambil tuh aku nampak air muka dia macam tengah termenung...
Mungkin dia tengah memikirkan agak-agak berapa lama hujan ini akan turun... dan macamana dengan kutipan rezeki dia hari ni.. maklumlah, hujan bermakna kehilangan pelanggan, dan bila kehilangan pelanggan, bermakna rezekinya hari ini amatlah terhad. So, macamana dengan nasib keluarga dia untuk hari ini? Belanja untuk keperluan dapur dan anak-anak?
Bila aku terfikir benda nih, aku pun rasa syahdu sedikit.
Kerana kita yang pendapatan lebih nih, masih lagi ada masa untuk mengeluh kesusahan... Kadang-kadang jelas sekali kita mengeluh tak cukup duitlah, kerja teruk tapi gaji tak setimpal lah, belum dapat interview kerjalah, dah dipanggil interview tiba-tiba interview dibatalkanlah... dan macam-macam lagi keluhan kita...
Tapi pernah tak kita terfikir nasib mereka yang jauh lebih malang dari kita?
Tetiba aku rasa malu pada diri sendiri.......
Nabi pernah berpesan, dalam hal dunia hendaklah kita bergaul dengan mereka yang lebih susah, miskin dari kita... untuk tambahkan rasa bersyukur dengan apa yang Allah bagi pada kita...
Dalam hal agama dan akhirat pulak, bergaullah dengan mereka yang lebih hebat amalan dari kita, supaya kita terikut-ikut dengan kesolehan mereka...
Macam dalam kisah uncle cendol tadi, selepas sejam hujan turun di kala aku mula nak beransur dengan mak, dia masih lagi berteleku di atas basikalnya, di bawah payung, menanti bilakah hujan akan berhenti dan matahari akan bersinar kembali...
Wallahualam
11 comments:
yup...betul apa yg saudara utarakan itu...sebab org penjual cendol harapakan jualan tu la sebagai rezekinya.itu bahagian dia,bahagaian org lain, berbeza pula
ya allah sedapnya cendol.
malas nak bace.
tgk gambar je.
haha.
sibuk betul.
ratu syahadah: yup.. lain orang lain punca rezekinya... but the main pointnya, kena redha dan tawakkal kepada Allah..
kan? =)
maryam: haha... kang pi la cari gerai cendol kat area nilai @ usim tuh..
=p
Ipoh RM1.60?
Kat Nilai RM1.80.
Eh bukan penjual-penjual cendol seMalaysia sudah agak kaya sikit ke?
Hehe.
It is joking.
cik maryam: apa pulak.. bukan semua peniaga cendol kat malaysia nih dah kaya..
contohnya... bila orang kata, ramai buat MLM jadi jutawan...
so, adakah semua betul2 jadi jutawan? macam tuh jugak dengan peniaga cendol =) heheh
yeah... pengaruh inflasi di ipoh masih kurang berbanding di nilai! =p
muehehehehe
lama xmkn cendol..ngat petang ni nak ajak mama g mam cendol...thx melawat blog...
ada minat nak jd cikgu...ni lelaki ke pompuan? umur brape...nak jd cikgu ape?
baguslah kalau berminat...kerana hanya org2 yg berminat utk menjadi cikgu je tahan cabaran dan dugaan sbg seorg guru..
tq..
sy suka pesanan Nabi SAW yg awk selitkan di sini.
tq
mawaddah: actually takde la condong sangat kepada arena perguruan nih... cuma pernah berpengalaman mengajar... dan masih lagi menceburi bidang pendidikan sket2.. hehe
anyway, selamat meneruskan perjuangan dalam arena pendidikan... peace to all cikgu cikgi =D
salwa: segala puji bagi Allah.. nukilan hadith itu adalah untuk kita semua =)
sedapnye cendol pulut.. nyum2.. nyum.. heheh..
sememangnye fitrah manusia x penah puas... besar periuknye maka besarla keraknye.. lepas tu mengeluh.. hmmm..
leen: hehe.. betul tuh...
nak pulak lagi besar perut dia, macam aku, maka lagi la banyak lemaknya..
^^
lemak????huhu perut besar ke???
tak pe...janji bahagia
Post a Comment