"Spotlight" orang ramai dalam beberapa hari ini adalah;
1. Perlantikan Obama sebagai Presiden Amerika Syarikat...
2. Anugerah Juara Lagu~ ehh... kumpulan "Berjumpa Pakcik Husein" (Meet Uncle Husein) menang? hehehe...
3. Pilihanraya P036~ K.Terengganu; PAS berjaya tawan
Saya hanya nak ulas sedikit tentang perkara nombor tiga... dan bukan dari sudut politik pun.
Ada orang di dalam beberapa forum online dan di blog-blog ada bercakap. Kejayaan PAS adalah satu lambang dan syiar kepada Islam. Lebih tampak hebat lagi apabila orang cina sendiri yang mengibarkan bendera-bendera PAS sepanjang masa pilihanraya. Ini adalah satu syiar dan tanda Islam diterima ramai.
Persoalannya yang saya ingin kemukakan, cukupkah dengan sekadar orang Cina memegang bendera parti, bermakna Islam telah berjaya?
Adakah itu satu kayu ukur yang tepat? Atau sekadar polemik dan retorik politik?
Pada pendapat saya, pengibaran bendera sewaktu musim pilihanraya umum, atau pilihanraya politik bukanlah satu kayu ukur yang tepat untuk menyatakan penerimaan Islam di kalangan masyarakat. Sekiranya benar hendak dicari kayu ukur, maka pergilah ke masjid. Dan lihatlah sendiri berapa ramai orang yang solat berjemaah, berapa ramai wanita yang menutup aurat, berapa ramai orang yang masuk Islam setiap hari etc...
Sekadar mengibar bendera, maka mengaitkan dengan syiar Islam, saya rasa itu macam kurang tepat.
Tetapi kalau dikatakan amalan tersebut sebagai sekadar satu reformasi dalam politik arus perdana, mungkin ianya boleh diterima.
Mungkin akan ada orang yang membantah, dengan menyatakan ini adalah satu permulaan. Kalau benar begitu, alhamdulillah lah... tetapi para pendakwah, ulama dan orang awam Islam janganlah dibuai mimpi-mimpi indah. Sibuk mengejar kemenangan untuk mendapatkan pangkat dan jawatan, tetapi kerja dakwah diabaikan. Dan akhirnya kita jadi syok sendiri.
Sekadar menyatakan pandangan. Kerana kita selalunya terlepas pandang kepada perkara-perkara yang penting, dan terlalu mengambil berat kepada perkara yang remeh.
Wallahualam
Kalau ditanya pendapat saya secara politiknya untuk P036, saya menyatakan bahawa semua ini adalah petanda-petanda yang diberikan oleh rakyat kepada kerajaan pusat, menyatakan pendirian bahawa rakyat sudah penat dengan sandiwara dan korupsi beberapa pihak tertinggi dalam kerajaan. Maka kerajaan pusat perlu muhasabah diri, sebelum "penghisaban rakyat" semasa pilihanraya yang mendatang, sebelum penghisaban Allah di akhirat nanti....
4 comments:
I agree with u hilmi, the c1na holding the PAS flag indicates NOTHING.
and awk betul bahawa kerajaan kini menghadapi 'penghisaban rakyat'..thats perfect word to use :)
masjid masih byk yg kosong syeikh... especially waktu subuh.. sedih..sedih...
setujuuuuuu
Allahlah yang Maha Kaya sedangkan kamulah orang yang berkehendak (kepada-Nya), dan jika kamu berpaling nescaya Dia akan menggantikan (kamu) dengan kaum yang lain, dan mereka tidak akan seperti kamu ini ( surah Muhammad:38)
Post a Comment