Sunday, January 4, 2009

Berbekam @ Al-Hijamah

~Bukan gambar aku, sekadar hiasan~

Sehari sebelum New Year yang lepas, pergi berbekam. Actually ini kali kedua pergi, first time adalah semasa awal tahun 2008... Kiranya hampir setahun tak pergi berbekam... Kali ni bekam sebanyak 12 cawan, 10 cawan kat belakang, 2 cawan kat depan... Buat sebanyak 5 round.. Alhamdulillah, banyak darah kotor yang dapat dikeluarkan. Cuma yang tak disangka adalah banyaknya darah kotor yang berkumpul kat dada depan, sehingga kulit seolah melecur selepas round yang keempat berbekam dan terpaksa stop.. Ustaz Ibrahim (juga doktor homopati Al-Jawad) yang bekamkan pun macam terkejut... Apatah lagi aku sebab sebelum nih tak bekam kat depan, kat belakang je... Bila berlaku macam nih, aku pun jadi kaget sikit...

Aku tanya ustaz yang bekamkan aku tuh, kenapa sampai macam tu sekali?

Ustaz tuh jawab, kalau dalam ilmu perbekaman nih, kalau kat dada sebegini sekali kotornya darah, bermakna jantunglah merupakan organ pertama yang akan kena sakit dalam jangkamasa terdekat...

Aku jadi cuak...

Ustaz pesan lagi, aku kena mula jaga makan... pastikan setiap hari exercise sekurang-kurangnya 30 minit, sampai berpeluh-peluh... tak boleh makan sedap-sedap... dan kena turunkan berat badan ke arah berat badan yang ideal dengan ketinggian aku...

Aku tanya ustaz tuh lagi... dalam kes macam aku nih, kira masih boleh sembuh sepenuhnya tak? Atau dah boleh dikategorikan terlambat?

Ustaz jawab, insya Allah belum terlambat lagi, sebab aku tak pernah lagi sakit-sakit dada pada waktu biasa... Kalau jalan laju @ berlari pun takde la cepat sangat mengahnya.... Mungkin sebab dulu aku kuat berjalan sepanjang masa kat universiti... makan pun takde la mewah sangat sampai la aku final year, bila aku start bawak kereta dan mula kerja-kerja part time... Tu yang bermulanya saat aku membesar sebagai "johan"

Berbekam nih bagus sebenarnya.... Kalau tak, masakan banyak hadith oleh Rasulullah yang menganjurkan umat untuk berbekam

Dari Said Ibnu Jabir dari Ibnu Abbas dari Rasulullah SAW,

“Kesembuhan itu berada pada tiga hal, yaitu minum madu, sayatan pisau bekam dan sundutan dengan api. Sesungguhnya aku melarang ummatku (berubat) dengan kay.”

Hadith Sahih Al Bukhari

Maaf, aku tak tau kay tu apa sebenarnya... Sesiapa yang tahu, harap boleh bantu?

Selain daripada itu, ada juga Hadith-hadith ini;

Dia (Anas) berkata: Telah bersabda Rasulullah SAW:

“Tidaklah aku melewati sekelompok malaikat pada malam aku diisra`kan kecuali mereka berkata: Wahai Muhammad, suruhlah umatmu berbekam.”

Riwayat Ibnu Majah
Disahihkan al-Albani dalam Shahih al-Jami', dan Takhrij al-Misykat

Dari Ibnu ‘Abbas, bahwasanya Rasulullah SAW telah bersabda

“Tidaklah aku melewati sekelompok malaikat pada malam aku diisra'kan kecuali tiap mereka berkata kepadaku: Wajib bagimu wahai Muhammad untuk berbekam.”

Riwayat Ibnu Majah
Disahihkan al-Albani dalam ash-Sahihah dan Shahih al-Jami

Juga telah bersabda lagi Rasulullah SAW,

“Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. telah berbekam di dalam keadaan baginda berihram dan berpuasa. "


Riwayat Muslim

Perkara pertama yang aku rasa selepas berbekam adalah, badan terasa sangatlah ringan. Mungkin sehari selepas bekam itu akan pening-pening sikit dan cepat rasa ngantuk @ penat sebab banyak darah telah dikeluarkan dari badan. Tapi selepas hari ke-2 atau ke-3, insya Allah rasa macam bersemangat satu badan... Pada masa yang sama, toksik-toksik dalam darah yang sering menjadi asbab kerosakan @ kelemahan organ-organ badan turut dapat dikeluarkan, yang seterusnya insya Allah dapat mencegah pelbagai penyakit-penyakit kritikal. Tak perlu risau pasal side effect, berbekam ni insya Allah tiada sebarang kesan sampingan. Yang penting, orang yang bekam kita tuh berpengetahuan dan berpengalaman luas. Jangan pulak pergi berbekam dengan orang-orang yang kita sendiri tengok pun was-was

So, kepada yang nak berbekam untuk kesihatan, sila-silalahh membawa diri untuk berbekam. Mungkin kepada yang tak biasa, ada sedikit perasaan takut. Tapi fikirkanlah, mana lagi menakutkan? Berbekam sekarang, atau baring di meja bedah di kemudian hari kerana terkena penyakit kritikal?

Sekurang-kurangnya, dapat pahala melaksanakan sunnah Nabi

Tapi, kalau dah takdir sakit jugak tu, tak boleh nak cakap apa la... Nama pun takdir... Sekurang-kurangnya kita berusaha.. Betul tak?

Selamat berbekam...

p/s: Insya Allah akan buat bekam susulan lagi dua minggu... Risau pulak dengan kesihatan jantung aku... Huhu... Doakan semoga kita semua diberikan Allah kesihatan yang berpanjangan... Amin...

Sedikit info tentang bekam, sila klik sini

14 comments:

Anonymous said...

salam..sakit tak berbekam???hehehe...

eksp said...

takde sakit pun... cuma sakit masa nak sedut cawan tuh je, macam kena cubit...

Ladyship Atie said...

xpernah berbekam.

tapi pernah kena cium dgn pacat..
kire same la tu kan?.
hehe

eksp said...

pacat cekeding macam tuh... setakat sekor dua, baik tak payah la atie oii....

hahahaaha

En Kid said...

huhu..pernah tgk orang berbekam tapi tak pernah berbekam..kalo orang cekeding cam aku ni pun elok berbekam ke?...

Akula Nora said...

"Saya takut jarum...."(mcm iklan derma darah kat radio).Dah lama ada niat nak berbekam...tapi belum ada keberanian nak buat.Adei...

eksp said...

kedek: badan keding tak bermakna takde darah kotor maa...

Nabi dan sahabat yang hidup hanya makan kurma, perut kena ikat dengan batu pun berbekam...

nih kan pulak kita yang makan mekdi, kfc, dominos pizza, pizza hut, megi dan sebagainya...

hehehe

nora: hahaha... penakut jarum rupanya =p takpe... pi la bekam guna pacat macam si atie tuh...

muahahahah ^^

Anonymous said...

boleh saudara bagi alamat tempat saudara pergi berbekam tu dan siapa yang saya boleh hubungi di sana??

eksp said...

bekam harituh kat Al-jawad, jalan menuju ke sg congkak

sila email saya untuk dapatkan nom telefon pihak tersebut

selamat berbekam ^^

Anonymous said...

aaaaaaa...aku mabuk darahh..
aku rate 18SG artikel kau tuh..
huhuhuu....

eksp said...

haha... ngada la ko amad... apa nih laki takut darah?

ceh =p

heheh

Anonymous said...

setahu aku kay tu...apabila sesuatu bahan d panaskan kat api...bila betul2 panas...d letak kan pada badan...

eksp said...

kakakanggun: tuh ke kay?

kira macam tuam badan tuh ke?

[tertanya2]

Anonymous said...

sekali bekam bayar berapa?